Asillah Lidros
puisi :D
Wednesday, November 30, 2011 | 11:35 PM | 0 Little Bunny(s)
 salam semuanya :)

haish, zahiril2 kenapa lah anda bt puisi ni.. saya jeles taw ak.. sgt2 jeles.. bt lah dk saya satu.. nak3.. ^-^ nasiblah shera ni dah jadi isteri anda yg sah, kalo tak I serang U.. btw, korang mmg sweet sgt :D

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.



Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.


Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.






okay, act, ni cite dy, bila sweet couple ni masok dan duduk atas kerusi tu, lagu 'I always love you'-ungu dimainkan.. then, zahiril ni buat2 lah terjumpa sekeping kertas dalam tuxedo dy.. time tu shera tgh kusyuk dgr lagu tu.. waktu lagu tgh dimainkan, tiba2, zahiril pon bangun dan baca lah puisi tu utk shera.. oohh, how sweet are you... ana sangat jeles taw.. :D

mentang2 lah pelakon, haish.. tahniah sbb menjadi :)

ni lah tyme zahiril bacakan puisi ni dkt shera.. romantik abis lah.. kalo aq jdi shera pon, aq pon leleh weyh...
ayat dy dah lah menusuk ke kolbu.. :)




I ALWAYS PRAY FOR YOU :)

~end with love~



Older Post | Newer Post